TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SETIAUSAHA

 

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SYARIKAT

    Tanggungjawab dan peranan Setiausaha Syarikat ketika ini semakin berubah sesuai dengan peredaran masa yang kian mencabar. Dunia perniagaan Semakin berkembang pesat dan semakin banyak peraturan dan undang-undang yang telah dan akan diperkenalkan. Ini adalah bertujuan untuk memantapkan dan menyesuaikan peranan Setiausaha Syarikat agar lebih efektif dan juga selaras dengan perkembangan Akta Syarikat yang semakin bergerak kehadapan.


    Peranan Setiausaha Syarikat yang paling utama adalah membimbing dan member panduan nasihat kepada pekara-pekara yang berkaitan dengan Syarikat dan juga Lembaga Para Pengarah. Setiausaha Syarikat juga akan membimbing para ahli memahami akan peraturan dan peruntukan yang termaktub bag sesuatu Syarikat. Disenaraikan garis panduan Setiusaha Syarikat dalam memenuhi akan peranan dan tanggungjawab mereka kepada Lembaga Pengarah, Pemegang Saham dan Syarikat. Garis panduan ini juga termaktub dalam etika yang dibuat ole Charterd Secretaries of Malaysia (Setiausaha Syarikat Malaysia).


                PERANAN SETIAUSAHA DALAM SYARIKAT

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Persatuan Setiausaha Malaysia yang ditadbir dan dikawalselia oleh SSM, seorang Setiausaha Syarikat bertanggungjawab untuk :


1.Bertindak sebagai Pegawai Syarikat dan Penasihat kepada Lembaga

Ø Perlu faham kesemua peruntukan di dalam Memorandum dan Artikel Persatuan bagi syarikat
Ø Perlu faham hal-hal kepatuhan bagi pelbagai badan berkanun dan badan pengawalseliaan
Ø Bertanggungjawab memastikan prosedur tepat dan dituruti

2.Persediaan Mesyuarat Lembaga Pengarah

Ø Perlu hadir ke setiap mesyuarat lembaga dan menasihati hal berkaitan kesetiausahaan syarikat apabila perlu
Ø Menjadi penghubung antara pemegang saham dengan syarikat

3. Pematuhan Terhadap Keperluan Statutori dan Khidmat Nasihat

Ø Memastikan syarikat patuh Akta Syarikat
Ø Memastikan sebarang perubahan maklumat statutory syarikat dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat bersama dengan dokumen berkaitan
Ø Menjadi pegawai perhubungan syarikat di dalam berkomunikasi, menyedia dan menghantar Pulangan Statutori dengan SSM
Ø Menasihati Lembaga Pengarah tentang keperluan/tarikh mengadakan mesyuarat agung tahunan

4. Melengkapkan Pulangan Tahunan

Ø Perlu melengkapkan dan menghantar pulangan tahunan syarikat secara terperinci dan tepat pada masanya

5. Pemegang Custody Cap Mohor Syarikat

Ø Memastikan cap mohor syarikat disimpan dengan selamat

6. Berperanan Sebagai Titik Sentuh Primer

Ø Menjadi titik sentuh utama bagi syarikat dan pemegang saham, terutama dalam Tadbir Urus Korporat.


 


Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH SETIAUSAHA

CADANGAN LOGIK ATAU KEMAHIRAN LAIN DALAM BIDANG KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN